MUKA DEPAN APFAM INTERNATIONAL

APFAM (Persatuan Asia Pacifik Forum Mengenai Keluarga) International, merupakan sebuah badan serantau yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dilancarkan di World Social Welfare Conference di Jakarta pada tahun 1997. Buat tahun-tahun permulaan, negara-negara anggota bnayak menumpukan kepada usaha mengukuhkan jalinan kerjasama dan pertubuhan sesama negara anggota. Hari ini, pertubuhan APFAM terdapat di Australia, Malaysia, Indonesia, Singapura, Fiji, Thailand, Filipina, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand.

Masih banyak lagi usaha yang perlu digembeling untuk mengukuhkan jalinan kerjasama ini untuk menjadikannya supaya lebih ulung di Rantau ini termasuk untuk menjadikannya lebih menyerlah di setiap negara anggota. Kerja-kerja ini banyak dilakukan secara sukarela. Juga, banyak aktiviti dan kajian perlu dijalankan melalui geran, yang walaupun kecil tetapi amat dialu-alukan sama ada daripada beberapa kerajaan ataupun pertubuhan di negara-negara anggota.

Malaysia diwakili di APFAM International oleh Profesor Jamilah Ariffin yang juga memangku jawatan Presiden pada hari ini. Beliau merupakan Naib-Presiden terdahulu hinggalah bulan Julai 2002. Profesor Jamilah Ariffin juga merupakan Pengarang-bersama (dengan Margarita Frederico) untuk APFAM Journal yang diterbitkan oleh La Trobe University, Melbourne, Australia, di mana pengarang bersamanya, Cik Margarita Frederico merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Kerja Sosial dan Polisi Sosial, La Trobe University. Dalam tahun 2001 APFAM International dan negara-negara anggota APFAM telah menerbitkan "Facing the Financial Crisis, A Strategic Plan for Families in the Asia Pacific Region" yang memuatkan laporan sebuah projek bersama yang merumuskan saranan-saranan untuk diambil tindakan oleh APFAM.

Sekretariat APFAM terletak di negara di mana Presiden APFAM menetap. Sehubungan dengan prinsip ini, bagi penggal 1997-2000 ia terletak di Australia dan dari 2000 hingga 2002 ia berpusat di Fiji. Pada tanggal 19 Julai 2002, Datin Profesor Dr Jamilah Ariffin dipilih sebagai Presiden ketiga APFAM International bagi penggal 2002-2004.  

 
ATAS     
Hakcipta © 2002-2018, APFAM (Asia Pacific Forum on Families Malaysia)